PLEASE READ THIS!!!!!!!!!!!!!

This blog is not meant to be taken so seriously because we don't want to create trouble. If you think our post have somthing too sensitive pls let us know so we can discuss whether anot to remove it or we wont realise it. None of this is false unless stated(eg: rumours or example) or miss interpreted. Remember, the things posted here is for our readers interest and entertainment and not to condemn other ppl. Finally if you want to help out by writing in this blog pls let us know provided we must know you well under consideration. Thank you.

By: Ben and Lit How

Thursday, June 11, 2009

The END

As far as everyone who views this blog is concerned, this blog is DEAD. DEAD N GONE!!!. Okay, this might be my final and last post on this blog. The reasons why we stopped posting anything is because this blog is actually only for last years 2 cempaka. Now all the members of this blog, benjamin, litau, jian han and me are in different classes. Me n ben is in 3c, jian han is in 3L n litau is in 3m. You all see, deres no point in continuing this blog. Everyone hav changed, especiali litau. So whoever who still views this blog, u should offer your advices to either ben or litau cos they are the main people. Me n jian han are only minor people so don't tell us anything. So i hope you all understand about this blog being dead. 


Posted by:  DEAD N GONE(darryl)


Monday, March 16, 2009

Form 3 2009 Sejarah Projek Info

ok this is for 3M students.. If other class want oso then nvm la.. i got a few so u can choose which 1 u wan..











the 1st 1:


Pengenalan


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, petahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malayisa yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.





Raja Berperlembagaan Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .





Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Struktur Parlimen Malaysia Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-


1. Yang Di-Pertuan Agong


2. Dewan Negara


3. Dewan Rakyat





Yang Di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-Raja. Sungguhpun Yang di-Pertuan Agong menjadi sebahagian daripada Parlimen, namun Baginda tidak mempengerusikan Dewan Negara dan Dewan Rakyat tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua Dewan apabila perlu dan ini hanya dilakukan pada permulaan setiap sesi Parlimen yang bermula pada awal tahun. Baginda menjalankan tugas-tugas berikut:-


a. Memanggil mesyuarat Parlimen


b. Menamatkan penggal Parlimen (mengikut nasihat Jemaah Menteri)


c. Membubarkan Parlimen Dewan Negara.





Dewan negara mempunyai 69 orang ahli yang terdiri daripada 2 kategori:-


a. 26 orang ahli adalah daripada 13 buah negeri, setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli. Ahli-ahli ini adalah dipilih oleh Majlis Undang-undang Negeri di bawah perkara 45(1) (a) Perlembagaan Persekutuan


b. 43 orang ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, termasuk dua orang ahli dari Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan





Kedudukan ahli Dewan Negara boleh diperhatikan daripada sudut-sudut berikut:-


a. Seorang ahli Dewan Negara menyandang jawatannya selama tiga tahun dan tempoh itu tidak terjejas oleh pembubaran Parlimen


b. Perlantikan ahli-ahli Dewan Negara kategori pertama dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri c. Ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong biasanya terdiri daripasa orang-orang yang telah berjasa dalam perkhidmatan awam Lapangan ikhtisas dan perkhidmatan masyarakat


d. Ahli-ahli Dewan Negara memilih seorang Yang di-Pertua dan seorang Timbalan Yang di-Pertua daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan Majlis Dewan Rakyat





Dewan Rakyat terdiri daripada 193 orang ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum setiap lima tahun. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya. Pemilihan ahli-ahli dijalankan setiap lima tahun sekali. Bilangan ahli-ahli Parlimen mengikut negeri ditunjukkan dalam jadual di bawah:-


Perlis 3


Kedah 15


Kelantan 14


Terengganu 8


Pulau Pinang 11


Perak 22


Pahang 11


Selangor 17


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10


Wilayah Persekutuan Labuan 1


Negeri Sembilan 7


Melaka 5


Johor 20


Sabah 21


Sarawak 28


Jumlah 193





Ahli-ahli Dewan Rakyat memilih:-


a. Seorang ahli Dewan atau bukan ahli Dewan sebagai Yang di-Pertua


b. Dua orang ahli Dewan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Ini berbeza dengan Dewan Negara kerana Dewan Negara tidak boleh memilih seorang yang bukan ahli Dewan sebagai Yang Di-Pertua Dewan Sejarah Bangunan Parlimen





Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda. Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.











2nd one:


LATAR BELAKANG


Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.





Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:
Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;
Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.








Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.





Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.





Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.











Fungsi


Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.





Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.





Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.





Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.





Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.











MISI


Misi menjadikan Parlimen sebuah institusi yang cekap dengan segala kemudahan terkini dan selesa bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta memastikan proses membuat undang-undang negara berjalan lancar.





Parlimen juga adalah forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai mengenai hal ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak tanduk kerajaan boleh diselaraskan mengikut pendapat umum.














STRATEGI


Mempertingkatkan dan mengemaskan tugas-tugas Urusetia dengan menggunakan peralatan-peralatan canggih untuk mengemaskinikan rekod-rekod persidangan Parlimen serta prestasi kakitangan.











ORGANISASI














YANG DI-PERTUAN AGONG
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.





Ok, this is the pengenalan i think.... the others i have no idea how to do.. sorry guys




by, bird

Thursday, January 29, 2009

happy birthday.......

Happy birthday to Monica!!! its not today but i jus remembered it today so i post now lar... shes already 15 and .......... HAPPY BIRTHDAY MONICA.. n btw thanks for going online so i not that bored during the cny nights.. haha. when r u going back to muar anyway? ok thats all... duno still got reader or not.. haiz........ k thats alll n again, Happy Birthday.....





-bird-

Monday, January 26, 2009

Happy birthday

ERM, tomorrow is 27th january which is chinese new year second day and jesslyn's birthday.. so ahh. Happy birthday.. sorry i dont have any presents for u and i jus wanna tell u that if u rejected me, its ok.. but can we still be frens??? ok ur birthday wish ah.... happy birthday, may all ur wish come true....




- bird-

Happy chinese new year

Happy Chinese New Year!!!! This is the year of ox so ahh enjoy lar.... may the year of ox brings good health, good fortune, good luck, happiness and more happy things which is about to happen... and dont drink too much alcoholic drinks such as shandy, dont gamble too many even if u gamble dont lose lar... haha... let this year be the best year as we are going to sit for pmr, lets hope all of us get 7/8a's.. alright now... LET THE GAMBLING AND ANGPAU COLLECTING BEGINS!!!!




by, bird

2009 cny celebration

wahahahahahaha i think this is going to be the best cny ever!!! i just bought 100 mercun bola which is enough to blow up half of my body... woooooooooooooo!!!!!!!!! anyway i jus finished 1 cartonof shandy and im going to finish 2more.... i can go online, jess answer my call but nth big bout it.... i ahhhhhhh got my body building equipments d..... i duno wat is it for oso.. going to buy a new dvd portable so i can eat, shit and watch dvd in the toilet at the same time.. that stupid ben never update the blog.. now im doing it... every holiday i come bck pahang then i'll post lar.. wonder if theres still aNYONE READING THIS BLOG.. DONT THINK GOT RITE? so im like talking to myself?? anyway later i go play firecrackers then eat,shit,sleep,dream and so on............. this cny msn nobody online so chat with monica only.. hong wei, im not trying to take her away from u... i cut my hair.. i lost money at gambling but im sure i can win back,... later..... eh actually naruto quite nice leh.. not bad.... i watch episode 48-49 straight away... love the match between rock lee and gaara... wai loan, sorry ar cos last time i say u retarded to watch all those cartoon even though i didn tell u that but i do had that in my mind.. XD n it turned out quite nice... but my fav cartoon is still barney.. yay..... that santa story rules man... ok thats all for now.. happy cny and enjoy ur holiday guys!!!




with love and hatred, bird

Thursday, January 1, 2009

Beware of phishing sites......

OK... so i've been on msn and i noticed that kinda alot of ppl kena a type of virus circulating through clicking a website that a friend send to u.... BEWARE!!! its a virus... whatever you do, do not click on it... to know whether you kena the virus... your msn will lilke every few minutes say "you have been sign in by another computer....." don't worry... if you change your password everything will be fine...


By, BEN
 
Don't click here!